SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG CKA MINDEF

.

SELAMAT DATANG

Thursday, 28 April 2016

KEW 8 PGT, KGT , JGMM DAN OPSYEN TUKAR SKIM 2016

Dengan keluarnya Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016 maka bermulalah permulaan membuat perkara seperti dibawah di cawangan ini.
                           
1. Pergerakan Gaji Tahunan 2016
2. Kenaikan Gaji Tahunan 2016
3. Jadual Gaji Minimum dan Maximum
4. Opsyen Pertukaran Skim

Semoga segala urusan dipermudahkan dan berjalan lancar serta selamat berjuang diucapkan kepada kakitangan Cawangan Khidmat Awam yang terlibat.










Friday, 22 April 2016

DEFENCE SERVICES ASIA EXHIBITION AND CONFERENCE 2016 (DSA 2016)



DEFENCE SERVICES ASIA EXHIBITION AND CONFERENCE 2016 (DSA 2016) KE- 15
18 APRIL 2016 - 21 APRIL 2016
PUTRA WORLD TRADE CENTRE IN KUALA LUMPUR







Monday, 18 April 2016

SALAM PERKENALAN

SELAMAT DATANG KE CAWANGAN KHIDMAT AWAM,
BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA



Cik Siti Nazurah binti Sahadun
 

         Encik Muhd Najhan bin Hassan       Puan Shamshida binti Sahedan       
                                      

Friday, 15 April 2016

MAJLIS PERPISAHAN ( Persaraan dan Bertukar ke Luar )




 
Puan Mariati binti Mohamad 
( Selamat Bersara )
Segala jasa dan keringat yang di curahkan kepada Cawangan / Bahagian ini ribuan terima kasih di ucapkan dan semoga diberikan kesihatan yang baik dan berada di dalam kesejahteraan selalu.



 Encik Muhamad Amrul bin Kamalrul Badri
(Selamat Maju Jaya di Tempat Baru)



Puan Nur Hamizah binti Mahat
(Selamat Maju Jaya di Tempat Baru)



 Encik Muhamad Bazli bin Ahmad
(Selamat Maju Jaya di Tempat Baru)


Monday, 11 April 2016

TAKLIMAT DAN PERKONGSIAN ILMU BERSAMA JABATAN PERKHIDMATAN AWAM BIL 3/2016


Taklimat Bil 3/2016 ini telah diadakan di tingkat 7, Bilik Mesyuarat Bahagian Kewangan yang terbahagi pada dua (2) tajuk iaitu Motivasi Jati Diri oleh Tuan Haji Zakaria bin Zawawi dari Cawangan Psikologi, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia manakala bagi tajuk Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) Tahun 1993 telah disampaikan oleh Puan Sazailina binti Mohamad Salleh dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) , Bahagian Perkhidmatan, Cawangan Operasi Perkhidmatan. 


  

Thursday, 31 March 2016

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) 2016


Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) pada tahun 2016 ini telah diadakan pada 24 Mac 2016 bersamaan 15 Jamadilakhir 1437 H yang bertempat di Auditorium, Wisma Pertahanan. Seramai 334 orang penerima anugerah ini yang terdiri daripada penjawat awam dan tentera dari pelbagai Bahagian / Jabatan/ Markas dan Unit yang terdapat di dalam Kementerian Pertahanan Malaysia. Anugerah ini bertujuan sebagai menghargai jasa penjawat awam dan tentera yang berkhidmat dan juga sebagai memotivasikan lagi penjawat awam dan tentera  di dalam melaksanakan tugas yang diberikan dengan lebih efisien dan efektif.

Puan Nur Hamizah binti Mahat
Urusetia Terlibat
Urusetia Teknikal
Unit Naik Pangkat & Prestasi
Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Cawangan Khidmat Awam

1. Encik Abdul Rahimi bin Ahmad Shamsuil
2. Puan Mariati binti Mohamad
3. Puan Roslinda binti Ismail
4. Cik Ruzanna Liyana binti Zawawi
5. Puan Rosmarina binti Zainudin
6. Puan Masturahaizar binti Zakaria
7. Encik Mohd Khairul Hafiez bin Mohamad Zabari

~ TAHNIAH KEPADA PENERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG ~

Thursday, 24 March 2016

TAKLIMAT DAN SESI PERKONGSIAN ILMU BERSAMA JABATAN PERKHIDMATAN AWAM BIL 2/2016


Pada 17 Mac 2016, telah berlangsungnya taklimat dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bersama Puan Norhayati binti Hamzah daripada Bahagian Saraan. Tajuk taklimat ini adalah berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2015 iaitu berkaitan Cuti Rehat.

Pihak Cawangan ini telah mengambil inisiatif dengan menjemput pegawai berkenaan untuk memberikan pencerahan mengenai tajuk pekeliling tersebut. Taklimat ini juga turut dihadiri oleh wakil dari Bahagian/ Jabatan/ Briged/ Unit/ Markas yang mempunyai pegawai awam sahaja dan ianya telah mendapat sambutan yang baik daripada pegawai awam di setiap  Bahagian/ Jabatan/ Briged/ Unit/ Markas untuk pemahaman dan pencerahan yang lebih mendalam.

Diharap taklimat yang diadakan ini dapat memberikan pencerahan lebih mendalam dan bermanafaat bagi penjawat awam serta wakil agar dapat menjalankan tugas dengan baik dengan memberikan info-info yang terkini dan jelas kepada penjawat awam yang lain.