SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG CKA MINDEF

.

SELAMAT DATANG

Monday, 15 October 2018

SELAMAT DATANG TIMBALAN SETIAUSAHA BAHAGIAN (PERKHIDMATAN)

Kami mengucapkan selamat datang buat Puan Wan Nor Hazlina binti Wan Abdul Ghani ke Bahagian Pengurusan Sumber Manusia.



Sudilah puan terima pantun kami:

SAYANG KUMBANG MENCARI MAKAN,
TERBANG SEIRING DITEPI KALI.
SELAMAT DATANG KAMI UCAPKAN,
MOGA DIIRING RESTU ILAHI


Tuesday, 2 October 2018

PERTUKARAN KELUAR TIMBALAN SETIAUSAHA BAHAGIAN (PERKHIDMATAN)

Sekalung tinggi terima kasih kami ucapkan kepada Tuan Zulkeflee bin Haji Sulaiman atas perkhidmatan dan tunjuk ajar yang tidak terhingga kepada kami selama kami berkhidmat bersama tuan.

Kami mendoakan agar Tuan sentiasa berada di dalam keadaan sihat sentiasa disamping seisi keluarga.


Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kita menumpang mandi.
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.

TERIMA KASIH TUAN!!!






Tuesday, 18 September 2018

PERTUKARAN ENCIK MUHAMMAD FAIZ BIN ZOLKIFLI KE LUBNAN

Kami warga CKA, BPSM mengucapkan ribuan terima kasih atas segala khidmat yang telah dicurahkan. Dan kami juga mengucapkan selamat menjalankan tugas pada negara serta mendoakan agar tuan selamat pergi dan pulang semula ke tanah air yang tercinta. Sama-sama kita mempertahankan kedaulatan negara.


"PERTAHANAN NEGARA TANGGUNGJAWAB BERSAMA"


Thursday, 13 September 2018

KAJIAN INDEKS KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI MALAYSIA 2018 (PERINGKAT PERKHIDMATAN AWAM)

Dengan hormatnya saya diarah untuk merujuk perkara di atas.

2.      Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam sedang menjalankan kajian Indeks Kesejahteraan Psikologi Malaysia 2018 (Peringkat Perkhidmatan Awam). Kajian ini bertujuan untuk mengukur kesejahteraan psikologi penjawat awam secara keseluruhan.

3.       Sehubungan itu, mohon kerjasama pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan untuk menjawab kajian ini secara online melalui capaian https://goo.gl/forms/IzARCMW5acHmGmkD2​.




4.         Untuk makluman YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan, kajian ini bermula pada 1 hingga 14 September 2018. Perhatian dan kerjasama YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan dalam menjayakan kajian ini amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian.


"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
"PERTAHANAN NEGARA TANGGUNGJAWAB BERSAMA"

Wednesday, 15 August 2018

Lawatan Naziran Majlis Bersama Jabatan (MBJ) - Jabatan Perkhidmatan Awam

Pada 14 Ogos 2018, bahagian ini telah menerima kunjungan lawatan Naziran Majlis Bersama Jabatan (MBJ) dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Untuk makluman semua, bahagian ini merupakan urusetia kepada Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan peringkat Kementerian Pertahanan Malaysia.






Bahagian ini mengalu-alukan kehadiran Tuan - Puan dari Jabatan Perkhidmatan Awam.

Tuesday, 14 August 2018

Lawatan Jawatan Kuasa Promosi Eksa

Jawatan Kuasa Promosi Eksa Pengurusan Sumber Manusia telah membuat lawatan Eksa ke Kumpulan Karang Kraf Shah Alam pada 8 Ogos 2018


"MEMBARAKAN JIWA DAN MINDA"















TERIMA KASIH KERANA SUDI MENERIMA KUNJUNGAN KAMI

Thursday, 2 August 2018

LAWATAN PERTAMA DR. TKSU PENGURUSAN

Selamat datang Dr. Karminder Singh Dillon ❤
WELCOME BACK to MINDEF SIR!!














Kami warga CKA mengalu-alukan kehadiran Dr. ke Cawangan kami.