"Pelaksanaan Waktu Bekerja Fleksi (WBF) secara rintis di Kementerian/ Jabatan Persekutuan di Wilayah Persekutuan (Putrajaya dan Kuala Lumpur), Perlis, Perak, Selangor, Johor, Terengganu, Sarawak dan Sabah"
Pelaksanaan Secara Rintis
- Bermula 1 Mac 2019
Pelaksanaan di Kementerian/ Jabatan
- Di semua Kementerian/ Jabatan Persekutuan di Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur dan Putrajaya).
- Bagi Perlis, Perak, Selangor, Johor, Terengganu, Sabah dan Sarawak (Jabatan yang terlibat hanya di Jabatan Persekutuan di Peringkat Negeri Sahaja.)
Hari dan Tempoh Waktu Bekerja
Syarat-syarat atau Garis Panduan
- WBF terpakai kepada semua pegawai yang mengamalkan Waktu Bekerja Pejabat di Kementerian/ Jabatan;
- Pelaksaan WBB sebagaimana dinyatakan dalam PP4/2017 adalah dikecualikan kepada Kemeterian/Jabatan yang terlibat dalam projek rintis ini;
- Waktu Pejabat adalah bermula pada pukul 7.30 pagi hingga 5.30 petang kecuali hari Khamis di Negeri Johor dan Terengganu iaitu bermula 7.30 pagi hingga 4.00 petang;
- Pegawai boleh memulakan tugas pada bila-bila masa antara 7.30 pagi hingga 8.30 pagi;
- WBF hendaklah dilaksanakan berdasarkan waktu bekerja sehari berdasarkan ketetapan di jadual 1 di atas. Contohnya pegawai yang memulakan tugas pada pukul 8.07 pagi akan menamatkan tugas pada pukul 5.07 petang;
- Waktu rehat adalah seperti mana ketetapan dalam PP4/2017;
- Pegawai yang memulakan tugas sebelum 7.30 pagi akan dianggap telah memulakan tugas pada pukul 7.30 pagi. Sebarang tuntutan Bayaran Lebih Masa adalah tidak dibenarkan melainkan pegawai diarahkan sedemikian;
- Jika pegawai diarahkan menjalankan kerja lebih masa, Perkiraan Bayaran Lebih Masa tersebut adalah selepas pegawai mencukupkan waktu bekerja sehari seperti dinyatakan di Jadual 1;
- Pelaksaan kebenaran pulang awal 1 jam kepada pegawai wanita mengandung dan suami sebagaimana yang ditetapkan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2017 adalah terpakai bagi projek rintis WBF ini;
- Pelaksanaan peraturan mengenai kebenaran meninggalkan pejabat dalam waktu bekerja menurut Perintah Am 5 Bab G Tahun 1974 dan Surat Edaran JPA.SARAAN(S)1619 Klt. (16) 7 bertarikh 9 Disember 2009 adalah dilaksanakan seperti berikut :
- Sekiranya pegawai mengetik kehadiran di antara pukul 7.30 pagi hingga 8.30 pagi, Kebenran pelepasan bermula mengikut tempoh pelepasan yang dimohon oleh pegawai; atau
- Sekiranya pegawai tidak mengetik kehadiran di antara pukul 7.30 pagi hingga 8.30 pagi, kebenaran pelepasan dikira bermula mulai pukul 8.30 pagi.
11. Bagi Kementerian/ Jabatan yang mempunyai perkhidmatan kaunter, Ketua Jabatan hendaklah memastikan pekhidmatan kaunter tersebut tidak terjejas dengan pelaksanaan projek rintis WBF; dan
12. Ketua Jabatan, atas kepentingan perkhidmatan boleh mengarahkan mana-mana pegawai untuk hadir ke pejabat pada masa-masa yang ditetapkan.
13. WBF ini Tidak Terpakai untuk semua pegawai yang berkhidmat di Sekolah atau Pendidikan
dan Fasiliti Kesihatan.