SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG CKA MINDEF

.

SELAMAT DATANG

Saturday, 9 November 2019

MAULIDUR RASUL 12 RABIULAWAL


TEMA : NEGARA RAHMAH, UMMAH SEJAHTERA (SAMA DENGAN MAAL HIJRAH)




Ringkasan

Maulidur Rasul

Sesungguhnya kelahiran Baginda Nabi Muhammad SAW adalah merupakan titik tanda kelahiran agama. Manusia pada saat itu berada dalam kekufuran, kegelapan syirik, tidak mengenal pencipta mereka. Pada masa tersebut, penyembahan terhadap berhala-berhala adalah merupakan satu penghormatan, perzinaan adalah suatu kebanggaan, mabuk dan berjudi berleluasa, merompak serta membunuh adalah suatu keberanian.

Sehubungan ini, Allah S.W.T mengutuskan seorang Rasul yang ditunggu oleh umat manusia untuk menghentikan semua kerosakan ini dan membawanya kepada cahaya ilahi. Islam yang kemudiannya telah membawa rahmat kepada sekalian alam. Mesej kerahmatan untuk sekalian alam menandakan bahawa Islam datang dengan mesej kesejagatan iaitu sebagai agama yang tidak semata-mata untuk satu kaum, bangsa atau sesebuah kawasan. Melalui mesej kesejagatan ini sahaja jika diperhalusi sudah memadai untuk kita menyakini akan kebenaran agama islam ini.


Nabi Muhammad SAW

Rasullullah S.A.W sebagai seorang insan kamil yang tinggi keperibadian dan tiada tolok bandingannya. Maka baginda perlu dijadikan ikon perpaduan ummah sebagaimana firman Allah S.W.T yang bermaksud :

"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik bagimu iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyk-banyak (dalam susah dan senang)" (Surah Al-Ahzaab : 21)

Jelaslah, sesiapa sahaja yang menginginkan kahidupan di dunia hingga akhirat berjalan sempurna sebagaimana yang dikehendaki Allah S.W.T, maka tiada jalan lain kecuali kembali mengamalkan ajaran al-Quran dan Hadis dalam kehidupannya kerana al-Quran diturunkan sebagai petunjuk bagi orang yang bertakwa.

Oleh yang demikian wajarlah kita merenung kembali sirah Rasulullah (S.A.W) Dan mengkaji sendiri tentang manusia sejagat. Maulidur Rasul juga merupakan masanya bagi umat Islam untuk memperingati semula Rasulullah S.A.W. Dan seterusnya menjadikan contoh sifat dan kehidupannya kerana baginda adalah teladan terbaik.


Tema Maulidur Rasul

  1. 2019 : "Negara Rahmah, Ummah Sekahtera" (Tema sama dengan Maal Hijrah 2019)
  2. 2018 : "Menyantuni Umat Membawa Rahmat"
  3. 2017 : "Kesatuan Ummah Kesejahteraan Negara"
  4. 2016 : "Ukhuwah Islamiah Asas Penyatuan Ummah"
  5. 2015 : "Perpaduan Nadi Transfromasi Negara"
  6. 2014 : "Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah"


Sumber Rujukan

  1. Maulidur Rasul



No comments:

Post a Comment