SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG CKA MINDEF

.

SELAMAT DATANG

Wednesday, 24 April 2019

PELAKSANAAN WAKTU BEKERJA FLEKSI (WBF)




"Pelaksanaan Waktu Bekerja Fleksi (WBF) secara rintis di Kementerian/ Jabatan Persekutuan di Wilayah Persekutuan (Putrajaya dan Kuala Lumpur), Perlis, Perak, Selangor, Johor, Terengganu, Sarawak dan Sabah"


Pelaksanaan Secara Rintis
  • Bermula 1 Mac 2019

Pelaksanaan di Kementerian/ Jabatan

  • Di semua Kementerian/ Jabatan Persekutuan di Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur dan Putrajaya).
  • Bagi Perlis, Perak, Selangor, Johor, Terengganu, Sabah dan Sarawak (Jabatan yang terlibat hanya di Jabatan Persekutuan di Peringkat Negeri Sahaja.)
Hari dan Tempoh Waktu Bekerja



Syarat-syarat atau Garis Panduan

  1. WBF terpakai kepada semua pegawai yang mengamalkan Waktu Bekerja Pejabat di Kementerian/ Jabatan;
  2. Pelaksaan WBB sebagaimana dinyatakan dalam PP4/2017 adalah dikecualikan kepada Kemeterian/Jabatan yang terlibat dalam projek rintis ini;
  3. Waktu Pejabat adalah bermula pada pukul 7.30 pagi hingga 5.30 petang kecuali hari Khamis di Negeri Johor dan Terengganu iaitu bermula 7.30 pagi hingga 4.00 petang;
  4. Pegawai boleh memulakan tugas pada bila-bila masa antara 7.30 pagi hingga 8.30 pagi;
  5. WBF hendaklah dilaksanakan berdasarkan waktu bekerja sehari berdasarkan ketetapan di jadual 1 di atas. Contohnya pegawai yang memulakan tugas pada pukul 8.07 pagi akan menamatkan tugas pada pukul 5.07 petang;
  6. Waktu rehat adalah seperti mana ketetapan dalam PP4/2017;
  7. Pegawai yang memulakan tugas sebelum 7.30 pagi akan dianggap telah memulakan tugas pada pukul 7.30 pagi. Sebarang tuntutan Bayaran  Lebih Masa adalah tidak dibenarkan melainkan pegawai diarahkan sedemikian;
  8. Jika pegawai diarahkan menjalankan kerja lebih masa, Perkiraan Bayaran Lebih Masa tersebut adalah selepas pegawai mencukupkan waktu bekerja sehari seperti dinyatakan di Jadual 1;
  9. Pelaksaan kebenaran pulang awal 1 jam kepada pegawai wanita mengandung dan suami sebagaimana yang ditetapkan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2017 adalah terpakai bagi projek rintis WBF ini;
  10. Pelaksanaan peraturan mengenai kebenaran meninggalkan pejabat  dalam waktu bekerja menurut Perintah Am 5 Bab G Tahun 1974 dan Surat Edaran JPA.SARAAN(S)1619 Klt. (16) 7 bertarikh 9 Disember 2009 adalah dilaksanakan seperti berikut :
  • Sekiranya pegawai mengetik kehadiran di antara pukul 7.30 pagi hingga 8.30 pagi, Kebenran pelepasan bermula mengikut tempoh pelepasan yang dimohon oleh pegawai; atau
  • Sekiranya pegawai tidak mengetik kehadiran di antara pukul 7.30 pagi hingga 8.30 pagi, kebenaran pelepasan dikira bermula mulai pukul 8.30 pagi.
     11. Bagi Kementerian/ Jabatan yang mempunyai perkhidmatan kaunter, Ketua Jabatan hendaklah memastikan pekhidmatan kaunter tersebut tidak terjejas dengan pelaksanaan projek rintis WBF; dan

     12. Ketua Jabatan, atas kepentingan perkhidmatan boleh mengarahkan mana-mana pegawai untuk hadir ke pejabat pada masa-masa yang ditetapkan.

     13. WBF ini Tidak Terpakai untuk semua pegawai yang berkhidmat di Sekolah atau Pendidikan 
           dan Fasiliti Kesihatan.



Friday, 19 April 2019

SENAMAN RINGAN ATAU X-BREAK 15 MINIT SEMASA WAKTU BEKERJA



" JPA.SARAAN(S)223/12/8 (6)" Bertarikh 17 April 2019


  • Kerajaan telah bersetuju menggalakkan semua pejabat Kerajaan dan Swasta mengadakan sesi senaman ringan atau X-Break selama 15 minit setiap hari semasa hari bekerja bagi memastikan penjawat awam dan swasta kekal aktif semasa bekerja.
  • Aktiviti ini adalah bertepatan dengan saranan YAB Perdana Menteri ketika melancarkan Kempen Hidup Aktif pada 3 November 2018.

Definisi

  • Senaman ringan - bermaksud aktiviti fizikal bersesuaian dilaksanakan untuk tempoh yang pendek semasa waktu bekerja.

  • X-Break- bermaksud aktiviti regangan ringkas di ruang kerja dan dilakukan semasa waktu bekerja. 

 Waktu dan Tempoh

  • 15 minit sebelah pagi atau petang :
    - Contoh : Melaksanakan senaman ringan seperti berjalan pantasdi pejabat/ naik turun tangga / lari setempat/ lompat bintang (star jump), senaman menggunakan muzik iringan dan lain-lain. 
  • 15 minit setiap sesi bagi selang masa 2 jam :

             - Contoh : Sesi Mesyuarat/ Kursus/ Bengkel/ pada 9 pagi, senaman ringanatau X-Break
                pada jam 11 pagi.

             - Contoh : Sesi Mesyuarat/ Kursus/ Bengkel/ pada 2 petang, senaman ringan atau X-                     Break pada jam 4 petang.
  • Sesi boleh dilakukan secara berkumpulan atau berseorangan dan sesuai pada semua peringkat umur termasuk ibu mengandung atau individu kelainan upaya.

Thursday, 18 April 2019

CUTI TANPA REKOD SEMPENA PERAYAAN GOOD FRIDAY BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM YANG MENGANUT AGAMA KRISTIAN



"JPA.SARAAN(S)43/35 Jld.9 (13)" Bertarikh 17 April 2019

"Cuti ini diberikan sebagai kemudahan kepada penjawat awam menganut agama Kristian sempena perayaan Good Friday kecuali pengawai perkhidmatan awam di negeri-negeri yang perayaan Good Friday adalah merupakan hari kelepasan am"

Kadar Cuti
  • Sehari pada setiap tahun bermula tahun 2019.

Syarat-syarat

  • Penganut beragama Kristian sahaja.

Tuesday, 9 April 2019

LAPOR DIRI PEMBANTU PENYEDIAAN MAKANAN GRED N19 BERTARIKH 08 APRIL HINGGA 9 APRIL 2019 BERTEMPAT DI BILIK CAWANGAN LATIHAN ZETRO




Ucapan daripada  Ketua Penolong Setiausaha Cawangan Khidmat Awam
Encik Mohd Hamidy bin Mohd Saleh


Ucapan daripada Timbalan Setiausaha Bahagian Perkhidmatan (K)
Cik Wan Nor Hazlina binti Wan Abdul Ghani




Penyerahan AP (Arahan Penempatan)











Friday, 29 March 2019

Monday, 18 March 2019

PELAKSANAAN MODUL CUTI UMRAH DI DALAM SISTEM EKEMUDAHAN


    Seperti mana sedia maklum, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2017 menjelaskan keputusan Kerajaan bagi kemudahan Cuti Umrah merupakan Cuti Tanpa Rekod untuk pegawai perkhidmatan awam persekutuan yang beragama Islam menunaikan ibadah umrah sekali sepanjang tempoh perkhidmatan. Pegawai yang ingin ke luar negara untuk menunaikan Umrah perlu memohon kelulusan  Cuti Umrah secara manual dan kelulusan ke luar negara (urusan persendirian) secara atas talian melalui Sistem eKemudahan.

         Sehubungan itu, dalam mempercepatkan proses permohonan pegawai awam untuk menunaikan Umrah, Sistem eKemudahan telah ditambah baik dengan pelaksanaan Modul Cuti Umrah. Justeru, YBhg. Dato’/Dr./Tuan/Puan boleh mengemukakan permohonan Cuti Tanpa Rekod bagi Menunaikan Umrah melalui sistem tersebut tanpa perlu menghantar permohonan secara manual ke Bahagian Pengurusan Sumber Manusia mulai 15 Mac 2019. Surat kelulusan Cuti Tanpa Rekod boleh dijana melalui sistem apabila permohonan YBhg. Dato’/Dr./Tuan/Puan telah diluluskan. Kelulusan Cuti Umrah hendaklah direkodkan ke dalam Buku Perkhidmatan pegawai berkenaan.

      Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini boleh dikemukakan kepada Sel KA7, Cawangan Khidmat Awam, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia di talian  03.2071 5401 / 5867 atau melalui emel cka.bpsm@mod.gov.my.


Rujukan

1. Surat Edaran MOD.500-7/3/2 JLD 2 (19) bth 13 Mac 2019
2. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 03 Tahun 2017



Friday, 8 March 2019

"MH370 DALAM INGATAN"


"Good Night Malaysian 370"

: Rakaman suara terakhir dari pesawat Malaysia Airlinies MH370 
pada jam 0119 (GMT+8) pada 8 Mac 2014


Ringkasan

Pada Awal pagi 8 Mac 2014, Pesawat penerbangan Airlinies MH370, dari Kuala Lumpur ke Beijing, dilaporkan hilang bersama semua penumpang dan anak kapal setelah terputus perhubungan dengan kawalan lalulintas udara kurang daripada sejam (1 Jam) selepas perlepasan. Pesawat berkenaan membawa seramai 227 orang penumpang dari 15 buah Negara dan 12 orang anak kapal dengan majoriti penumpang adalah rakyat China. 

Usaha pencarian telah dijalankan oleh sebelas (11) buah Negara yang telah menghantar sejumlah 34 buah  pesawat dan 40 buah kapal. Usaha pencarian dan menyelamat meliputi keluasan 30,000 km (12, 000 bt) di Teluk Thailand dan Laut China Selatan serta kawasan pencarian diperluas ke Selat Melaka dan Laut Andaman jua. Pencarian diteruskan lagi sehingga ke Lautan Hindi yang melibatkan sebanyak 26 buah Negara.

Selama 5 Tahun yang lepas, operasi mencari dan menyelamat besar-besaran dari Laut China Selatan hinggalah ke Selatan Lautan Hindi, tidak menemui sebarang jejak pesawat tersebut. Sementara operasi untuk mengesan lokasi MH370 masih diteruskan, pada Januari 2015, Kerajaan Malaysia telah mengisytiharkan bahawa kehilangan tersebut sebagai sebuah "kemalangan". Dan pada Mei, 29 2018, Mesyuarat Jemaah Menteri telah bersetuju misi pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang oleh Syarikat Penerokaan dasar laut berpangkalan di Amerika Syarikat, Ocean Infinity ditamatkan.


Sumber Rujukan

  1. Penerbangan MH370
  2. MH370 - Astroawani